Aku & Mary Kay. Pada mulanya aku join Mary Kay sebab nak pakai sendiri je dengan harga ahli. Lepas dah pakai, jadi ahli aku pergi 1st class wajib bagi semua New Beauty Consultant. Kelas ni diberi nama Essential Step to Reach Success (ESRS). Masa pergi kelas yang diadakan di Bandar Tun Hussein Cheras, aku pergi seorang tanpa ada kenal sesiapa. Masuk dalam kelas, jumpa lebih ramai kawan. Dalam kelas ESRS kami semua didedahkan serba sedikit mengenai kerjaya di Mary Kay. Tamat sahaja kelas, semua peserta yang hadir akan diberikan baucer RM 200, sebatang lipstick Mary Kay, pin ESRS dan sebuah planner.Baucer RM 200 tu kita boleh gunakan untuk beli produk Mary Kay. Masa ini rasa seronok sangat, eh pergi kelas pun dapat hadiah. Pelbagai kelas & bengkel diadakan bagi kami semua Beauty Consultant. Semuanya adalah percuma. Group support secara online juga diberikan. Kami belajar di Mary Kay untuk mengajar. Aku juga berkesempatan untuk pergi ke Seminar Mary Kay yang diadakan di Se...