Aku & Mary Kay.
Pada mulanya aku join Mary Kay sebab nak pakai sendiri je dengan harga ahli. Lepas dah pakai, jadi ahli aku pergi 1st class wajib bagi semua New Beauty Consultant. Kelas ni diberi nama Essential Step to Reach Success (ESRS). Masa pergi kelas yang diadakan di Bandar Tun Hussein Cheras, aku pergi seorang tanpa ada kenal sesiapa. Masuk dalam kelas, jumpa lebih ramai kawan. Dalam kelas ESRS kami semua didedahkan serba sedikit mengenai kerjaya di Mary Kay. Tamat sahaja kelas, semua peserta yang hadir akan diberikan baucer RM 200, sebatang lipstick Mary Kay, pin ESRS dan sebuah planner.Baucer RM 200 tu kita boleh gunakan untuk beli produk Mary Kay. Masa ini rasa seronok sangat, eh pergi kelas pun dapat hadiah.
Pelbagai kelas & bengkel diadakan bagi kami semua Beauty Consultant. Semuanya adalah percuma. Group support secara online juga diberikan. Kami belajar di Mary Kay untuk mengajar. Aku juga berkesempatan untuk pergi ke Seminar Mary Kay yang diadakan di Setia City Convention Centre Shah Alam pada bulan September yang lepas. Masa di seminar tersebut, aku jumpa dengan ribuan Beauty Consultant Mary Kay dari Malaysia & Singapura. Kebanyakan mereka semuanya perempuan sama macam aku. Ada juga kaum Adam yang menceburi kerjaya ini.
Seminar selama 2 hari itu memang bagi semangat dan aura yang lain macam. Aku lihat sendiri bagaimana mereka yang berjaya di beri penghargaan & pengiktirafan dari syarikat ini. Dari sekecil-kecil Cincin Berlian hinggalah Kereta Pink Camry & Mercedez. Semuanya adalah percuma. Ya aku ulang sekali lagi, semuanya percuma. Mereka mendapat penghargaan atas segala usaha keras mereka selama setahun yang lepas dalam membantu lebih ramai wanita lain untuk sama-sama berjaya seperti mereka.
Ini cincin berlian & gold bar pin salah seorang Senior Sale Director Mary Kay. Doakan agar suatu hari aku juga akan dapat cincin berlian percuma macam tu.
Dulu sebelum aku masuk ke dalam dunia Mary Kay ni, aku juga fikir bahawa Mary Kay ni adalah bisnes Multi-level Marketing@MLM macam kebanyakan syarikat yang ada sekarang. Tapi aku silap besar, Mary Kay adalah sebuah syarikat "Direct Selling".
3 Golden Rule Mary Kay yang aku paling suka & aku belum pernah jumpa di mana-mana syarikat lain:-
- God @ Tuhan
- Family @ Keluarga
- Career @ Kerjaya
Bila ketiga-tiga "golden rule" ini kita jaga, insyaAllah kita akan berjaya. Mary Kay telah memperkayakan kehidupan ramai wanita di luar sana. Kalau mereka semua boleh berjaya mengapa tidak kita. Aku masih lagi merangkak untuk jadi hebat dan berjaya sama seperti mereka yang telah berjaya. It's better late than never.
Gambar aku masa Seminar Mary Kay 2018 di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Sempat aku bergambar depan Pink Camry Car. InsyaAllah mudah-mudahan aku akan miliki Pink Camry ni.
Ini pula sisterhood yang sangat supportive & awesome. Kami dah macam adik beradik walaupun masa ini baru first time kami jumpa secara live. Selalu berhubung dalam Group Whatsapp je. I love u all.
Balik dari seminar Mary Kay bagi lagi hadiah taw, eh memang syarikat ini suka sangat bagi hadiah macam-macam pada kami Beauty Consultant. Nahh aku share lagi gambar hadiah apa yang aku dapat balik dari Seminar bestt ni.
Dapat tote bag warna sparkling silver yang cantik, dapat lagi Cleanser Timewise 3D yang baru & Timewise Repair Facial Peel.
Eh semua hadiah ni percuma & harga dia RM 400++ taw.
Eh kalau kau rasa nak join jadi ahli Mary Kay sebab nak dapat macam-macam hadiah percuma, jangan malu nak PM aku. (Iera 0172557782)
Suri rumah @ fresh graduate yang nak jadikan Mary Kay sebagai kerjaya di alu-alukan. Kita sama-sama jadikan impian kita sebagai kenyataan di Mary Kay. Nothing Impossible.





Comments
Post a Comment